728x90 AdSpace

Latest News
Thursday, December 11, 2014

Grumpy Cat Kucing paling Kaya dari artis.


Grumpy Cat Kucing paling Kaya dari artis. Kalau dilihat dari segi wajah kucing ini tidak la secomel kucing-kucing yang ada di Malaysia ini, dah lah nampak bengis, namun mungkin anda tertanya-tanya mengapa kucing yang grumpy ini mampu memberi kekayaan kepada empuny kucing sehingga dikatakan si Grumpy Cat ni lebih kaya daripada Artis..!


Hanya disebabkan muka kucing grumpy ni nampak bengis namun tidak disangka wajah begisnya itu telah memberi tuah kepada tuannya iaitu Tabatha Bundesen yang dahulunya hanyalah berkerja sebagai seorang nelayan di Arizona.

Si kucing grumpy ni memperolehi pendapatan lebih RM300 juta hanya kerana rupanya yang unik itu dan digelar "Tardar Sauce"

Si Grumpy yang menjadi terkenal selepas muncul dalam Youtube 2 tahun lalu hingga berjaya memperolehi 15.7 juta penonton dan kini jauh lebih kaya daripada artis Hollywood termasuk Nicole Kidman, Cameron Diaz dan Matthew McConaughey. Selain terkenal di laman youtube, kucing ini juga memiliki 521,000 pengikut di Instargram dan 255,000 di twitter. Wah hebat kan, hanya kerana wajahnya yang agak bengis itu menjadikannya seekor kucing yang kaya raya. Selain itu dia juga menjadi model untuk makanan kucing jenama Friskies dan kini ia juga memiliki jenama kopi sendiri iaitu "Grumpuccino"


"Grumpy Cat’s Worst Christmas Ever" merupakan sebuah filem yang dibintagi oleh kucing tersebut dan menjadikan filem tersebut memperolehi paling banyak tweet ketika filem itu mula ditayangkan.

Hebat kucing ini. Apapun ini semua adalah anugerah dari Allah SWT.

  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: Grumpy Cat Kucing paling Kaya dari artis. Rating: 5 Reviewed By: Unknown