Alvin Tan pernah membangkitkan kemarahan umat Islam di Malaysia dimana Alvin Tan telah memuatnaik sebuah poster menerusi laman sosial Faceook yang disifatkan banyak pihak sebagai mempersenda serta menjatuhkan maruah umat Islam. Poster tersebut muat naik di laman sosial facebooknya terang-terang sengaja membangkitkan kemarahan umat Islam yang ketika itu menjalani ibadat puasa Ramadhan.
Selain itu Alvin Tan dan pasangannya vivian sebelum ini terkenal dengan isu-isu berkaitan dengan seks yang banyak tersebar melalui laman sosial facebook, youtube dan pelbagai jenis media sosial. 20 September 2012 pasangan ini memuat naik gambar dan video lucah mereka menerusi blog Sumptous Erotica kemudian bertindak menutup blog tersebut dan mula bergiat secara aktif di laman sosial facebook. Pasangan itu juga turut membuat beberapa video berkenaan pandangan orang awam terhadap beberapa topik yang berkaitan dengan seks. Malahan pasangan ini juga pernah mempromosi "Parti Seks Berbayar" menerusi laman sosial facebook.
Nampaknya Alvin Tan ni memang tak makan saman punya makhluk. Alvin Tan bakal berhadapan dengan tindakan mengikut pruntukan undang-undang mengenai tindakannya menghina pemimpin negara melalui status facebook terbarunya. Kini Alvin tan berada di United States meminta perlindungan politik (political asylum) dari orang US disebabkan kesalahan mereka yang telah didakwa di Malaysia atas pelbagai kesalahan.
Beberapa Screen shoot yang ditemui di beberapa laman sosial adalah bukti di mana Alvin Tan menghina UMNO dan Perdana Menteri Malaysia serta beberapa pemimpin negara yang lain serta bukti-bukti lain yang tersebar luas di laman web dan laman sosial.
Baru-baru ini Alvin Tan sekali lagi dengan angkuhnya mencabar Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi untuk benar-benar membatalkan pasportnya. Uh! hebat sangat mamat ni...kononnya la..
Menerusi status yang dimuat naik dalam laman sosial Facebook miliknya, Alvin melepaskan kemarahan dengan mengeluarkan kata-kata berunsur provokasi mencabar Ahmad Zahid.
“Jangan hanya mengugut. Lakukannya. Jangan jadi pengecut,” kata Alvin susulan tindakan kementerian itu yang dijangka menarik balik dokumen perjalanan lelaki berkenaan seawal hari ini atau esok.
Terdahulu, Ahmad Zahid berkata, tindakan itu adalah berdasarkan peruntukan mengikut Akta Imigresen dan bertepatan dengan kelakuan Alvin yang sering melakukan perkara yang boleh menjejaskan hubungan antara kaum di negara ini.
Alvin sebelum ini turut mengeluarkan kenyataan yang menghina Islam dan Sultan Selangor selain melabelkan Ahmad Zahid sebagai pemimpin paling teruk dalam UMNO. - Beberapa Petikan dari berita Utusan.com.my -
Lagi terkini...Pasport Alvin Tan, Ali Abdul Jalil dibatal, dan disenaraihitamkan Dalam satu keputusan yang dianggap penuh bersejarah.
Jabatan Imigresen Malaysia hari ini mengumumkan pembatalan pasport Alvin Tan dan Ali Abdul Jalil. Kedua-dua mereka juga diletakkan dalam senarai hitam jabatan berkenaan. Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Mustafa Ibrahim yang mengumumkan keputusan itu dalam sidang akhbar khas di pejabat beliau pada Isnin, 8 November 2014 berkata, sebelum ini tidak pernah ada mana-mana pasport rakyat Malaysia dibatalkan. Ali kini dipercayai melarikan diri ke Stockholm, Sweden bagi mengelak dibicarakan di bawah Akta Hasutan 1948 kerana menghina Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah melalui Facebook pada bulan September lalu.
Sementara, Alvin yang sedang dibicarakan kerana didakwa mengeluarkan kenyataan menghina umat dan agama Islam dalam Facebook pada 2013 dipercayai telah melarikan diri ke Amerika Syarikat. Pembatalan pasport berkenaan bermakna kedua-dua mereka kini adalah pendatang tanpa izin di negara-negara tersebut - Dipetik menerusi artikal Utusan Online, 8 Disember 2014
"Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini termasuk semua bentuk komentar yang dibuat oleh para pengunjung."






0 comments:
Post a Comment