728x90 AdSpace

Latest News
Thursday, December 11, 2014

Servis Pemeriksaan Percuma Proton Exora Bold CFE


Baru baru ini Proton Holdings Berhad (Proton) mengumumkan Servis Pemeriksaan Percuma untuk model Proton Exora Bold CFE buatan tahun Oktober 2011 hingga April 2014 kerana bekemungkinan besar mengalami masalah kebocoran pada penyambung radiator.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Proton, Datuk Abdul Harith, “Pengurusan Proton menyediakan pemeriksaan percuma ini sebagai maklum balas yang diterima daripada pelanggan. Ini sekali gus membuktikan komitmen syarikat berkaitan soal keselamatan pelanggan dibawah Program Jaminan Kualiti Proton.”

“Setakat ini, Proton tidak menerima sebarang laporan mengenai kemalangan, kecederaan mahupun kematian yang disebabkan isu ini. Proton berharap pelanggan memahami kepentingan perlaksanaan langkah ini dalam memastikan keyakinan pelanggan terhadap aspek keselamatan dan prestasi kenderaan mereka,” tambah beliau lagi.

Program yang melibatkan 40,000 unit Exora Bold CFE (mengikut tahun pengeluaran yang dicatatkan), semua pemilik MPV keluaran Proton ini diminta untuk menghubungi pusat servis Proton berhampiran untuk membuat temujanji. Pihak Proton akan menanggung segala kos buruh dan pertukaran alat ganti yang berkaitan dengan masalah kebocoran penyambung radiator ini.

Untuk sebarang maklumat lanjut mahupun pertanyaan, sila hubungi talian 1800 88 398 atau emelkan ke customercare@proton.com.

  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: Servis Pemeriksaan Percuma Proton Exora Bold CFE Rating: 5 Reviewed By: Unknown